Cari:
Persidangan Laut PBB Galakkan Pembangunan Mampan di Laut
2017-06-10 15:04:42 CRI Cetak

Persidangan Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan dokumen hasil sebelum menutup tirainya di ibu pejabat di New York semalam.

Pelbagai negara yang menyertai persidangan kali ini berjanji akan melindungi laut dan mendorong pembangunan mampan di laut. Selain itu, negara-negara tersebut akan bertindak untuk mengawal pencemaran di laut, mengurangkan penggunaan plastik pakai buang serta meningkatkan pengawalan perikanan.

Dokumen hasil yang diluluskan kali ini bertajuk, "laut kita, masa depan kita: seruan bertindak". Pelbagai negara berjanji untuk berusaha supaya mencapai sasaran ke-14 Agenda Pembangunan Mampan Tahun 2030, iaitu melindungi dan menggunakan sumber laut secara mampan demi mewujudkan pembangunan mampan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China