Presiden China, Xi Jinping ketika menemui Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di Beijing semalam berkata, menjadi gergasi dalam arena sukan merupakan antara sasaran penting pembangunan China.
Xi, yang sendiri merupakan peminat bola sepak, menyatakan bahawa China amat mementingkan pembangunan sukan tersebut. Ini terbukti dengan penyusunan pelan pembaharuan dan pembangunan sukan bola sepak pada Februari 2015. Pelan itu merangkumi segenap aspek sukan tersebut, termasuk sistem pengurusan, kelab dan liga profesional serta pasukan negara dan kalangan rakyat.
Selain itu, China akan menyempurnakan infrastruktur seperti padang dan gelanggang dan meningkatkan pertukaran antarabangsa sebagai langkah untuk membudayakan bola sepak di kalangan belia.
Gianni Infantino pula berkata, pembangunan sukan bola sepak di China signifikan bagi pembangunan sukan itu di dunia. Pihaknya bersedia bekerjasama dengan China untuk merealisasikan impian tersebut.