Cari:
AS Digesa Jangan Bermain Api
2017-07-18 15:12:58 CRI Cetak

Ketua Turus Tentera Iran, Mohammad Hossein Bagheri semalam berkata, Amerika Syarikat (AS) bermain dengan api jika menyenaraikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai "kumpulan keganasan".

Menurutnya, tindakan tersebut akan membawa risiko kepada orang AS sendiri dan pangkalan tentera AS di rantau Asia Barat. AS perlu lebih berhati-hati ketika berdialog dengan negara seperti Iran, yang nekad tidak akan terpedaya dengan sebarang tipu muslihat.

AS menuduh Iran menyokong keganasan dan pernah cuba menyenaraikan IRGC sebagai kumpulan pengganas, namun gagal berhasil.

Senat AS pada Jun lalu meluluskan usul untuk mengenakan sekatan terhadap IRGC dengan alasan IRGC terlibat dengan keganasan. Usul itu menunggu dibahaskan dalam Dewan Perwakilan dan ditandatangani Presiden Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China