Cari:
AS Kena Sekatan Baharu ke atas Iran
2017-07-19 15:42:09 CRI Cetak

Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan sekatan terhadap 18 individu dan badan dari Iran kerana menyokong program peluru berpandu balistik Iran dan kegiatan jenayah rentas sempadan.

Jabatan Perbendaharaan AS dalam satu kenyataan menyebut, lima individu dan tujuh badan dikenakan sekatan kerana disyaki menyokong tentera Iran dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). Selain itu, satu sindiket jenayah rentas sempadan yang beribu pejabat di Iran dan tiga individu turut dikenakan sekatan.

Jabatan Negara AS menyenaraikan dua badan dari Iran dalam senarai hitam kerana disyaki terlibat dalam program peluru berpandu balistik Iran.

Menurut sekatan baharu itu, aset milik individu dan badan terbabit di wilayah AS akan dibeku, dan warga AS dilarang menjalankan hubungan dengan mereka.

Sejak Donald Trump menyandang jawatan presiden pada Januari lalu, Washington terus memberikan tekanan terhadap Iran termasuk dalam bentuk sekatan, berikutan ujian peluru berpandu balistik negara tersebut yang dianggap ancaman kepada kepentingan AS.

Namun Iran menyatakan bahawa pembangunan teknologi peluru berpandunya merupakan hak yang tidak boleh dirunding.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China