Cari:
AS Seru Batalkan Sekatan terhadap Qatar
2017-07-22 16:18:56 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson berkata, Qatar telah menunjukkan sikap yang positif dalam usaha antikeganasan. Beliau berharap Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir agar membatalkan sekatan terhadap Qatar dengan secepat mungkin.

Beliau berkata demikian setelah berunding dengan Menteri Luar Oman, Youssef Alawi Abdullah di Washington semalam.

Menurutnya, Qatar bertindak melaksanakan memorandum persefahaman (MoU) membanteras kegiatan memberikan bantuan kepada kumpulan pengganas yang ditandatangani Qatar dan AS baru-baru. Di samping itu, Qatar juag menyatakan hasrat untuk menyelesaikan masalah dengan empat negara berkenaan melalui rundingan.

Tillerson berkata, sekatan pada masa ini menjejaskan kehidupan rakyat Qatar. Beliau berharap empat negara itu dapat membatalkan sekatan tersebut secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China