Cari:
Guterres Seru Selesaikan Perselisihan di Kenya Secara Sah
2017-08-13 14:32:26 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam menyeru pemimpin pelbagai pihak politik di Kenya agar menyelesaikan perselisihan tentang pemlihan presiden melalui cara yang sah. Beliau turut menggesa mereka memberikan isyarat kepada penyokong supaya jangan menggunakan kekerasan .

PBB akan bersama-sama Kesatuan Afrika untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan pelbagai pihak di Kenya sehingga pilihan raya di negara itu diselesaikan dengan lancar.

Menurut keputusan pilihan raya Presiden Kenya yang diadakan pada 8 Ogos lalu, calon dari Persekutuan Jubilee yang juga presiden sekarang, Uhuru Kenyatta telah menang dan berjaya terus memerintah. Keputusan ini telah menimbulkan bantahan daripada penyokong Persekutuan Super Nasional, malah mengakibatkan peristiwa kekerasan di beberapa kawasan barat negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China