Jumlah Pinjaman Bank Pembangunan Baharu (NDB) BRICS dijangka akan mencatat kira-kira USD2.5 bilion pada tahun ini.
Pengarah Pusat Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa Kementerian Kewangan China, Zhou Qiangwu dalam sidang media semalam berkata, projek pembinaan bangunan ibu pejabat NDB di Shanghai akan dimulakan tidak lama lagi.
Beliau menyifatkan NDB sebagai "anak" bagi lima negara BRICS. Setelah pengendalian dimulakan selama lebih dua tahun, pelbagai urusan bank itu berjalan lancar.
Tambahnya, sempena Pemimpin BRICS yang bakal diadakan di Xiamen, China, urusan NDB akan mencapai kemajuan baharu.