Cari:
China Sambut Hari Raya Aidiladha
2017-09-01 14:44:57 CRI Cetak

Persatuan Islam China (IAC) mengadakan jamuan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Beijing semalam.

Jamuan turut dihadiri Naib Perdana Menteri, Liu Yandong, Pengerusi Jabatan Kerja Barisan Bersatu Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Sun Chunlan, dan pemimpin dari Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), serta Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC).

Presiden IAC, Yang Faming ketika menyampaikan ucapan dalam jamuan itu bagi pihak IAC mengucapkan selamat hari raya kepada saudara Islam di seluruh dunia. Semoga negara ini gemilang, dan dunia aman sentosa.

Lebih 300 orang wakil termasuk lebih 40 diplomat dari negara-negara Islam, pakar asing serta pegawai turut menyertai jamuan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China