Pertemuan Pemimpin Negara-negara BRICS ke-9 akan dirasmikan di Xiamen, China Ahad ini. Pemimpin dari lima negara membangun yang paling berpengaruh di dunia akan menyertai sidang kali ini.
Sidang tersebut akan mengeluarkan inisiatif baharu tentang kerjasama antara negara membangun.
Menurut penganalisis, sidang kemuncak di Xiamen kali ini akan memperluaskan skop kerjasama negara-negara BRICS. Model "BRICS+" yang dikemukakan oleh China akan menjadi kenyataan.
Menurut jangkaan, model ini akan menarik 35 negara potensi untuk bekerjasama dan berdialog dengan negara-negara BRICS.
Sebagai negara pengerusi, China akan menganjurkan sidang kemuncak kali ini sebagai satu sidang sejagat. Pemimpin negara-negara yang lain seperti Mesir, Mexico, Thailand dan Tajikistan pula dijemput menghadiri sidang tersebut.
Para pemimpin negara BRICS akan mencapai siri kata sepakat di samping menandatangani perjanjian kerjasama konkrit sempena sidang kali ini.