Cari:
Rusuhan Berlaku di St. Louis, AS
2017-09-18 14:50:08 CRI Cetak

Satu rusuhan berlaku di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS) malam Sabtu lalu bagi memprotes keputusan mahkamah yang mendapati defenden dalam kes polis menembak mati pemuda kulit hitam pada tahun 2011, tidak bersalah.

Rusuhan itu mengakibatkan lebih 20 buah kedai terjejas dan lima buah kereta polis dimusnahkan, selain sembilan orang polis cedera. Lebih 30 orang penunjuk perasaan telah ditahan.

Pada 20 Disember 2011, Jason Stockley, polis St. Louis menembak mati Anthony Smith, pemuda kulit hitam berusia 24 tahun, kerana disyaki mengedarkan dadah dan cuba mengambil pistol dari keretanya.

Pada 15 September lalu, Stockley didapati tidak bersalah kerana kekurangan bahan bukti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China