Cari:
OSCE: Situasi Keselamatan Timur Ukraine Semakin Baik
2017-10-05 15:05:19 CRI Cetak

Wakil khas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Martin Sajdik semalam berkata, jumlah konflik kekerasan yang membelakangi perjanjian gencatan senjata di timur Ukraine berkurang ketara baru-baru ini. Ini menunjukkan situasi keselamatan di kawasan itu semakin baik.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan sesudah rundingan antara Ukraine, OSCE dan Rusia di Minsk.

Menurut statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jumlah mangsa konflik di timur Ukraine pada bulan lalu mencatat rekod terendah sejak konflik bersenjata tercetus pada April 2014, iaitu dua maut dan 16 cedera.

Tiga pihak dalam rundingan semalam telah membincangkan langkah-langkah untuk mentaati mekanisme gencatan senjata, memindah keluar senjata berat, melindungi prasarana awam dan membina zon keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China