Cari:
AS Batalkan Sekatan terhadap Sudan
2017-10-07 14:55:22 CRI Cetak

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan membatalkan sekatan ekonomi terhadap Sudan kerana kerajaan negara itu telah mengambil "tindakan positif yang berterusan" dalam pelbagai bidang. Kerajaan Sudan segera mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan keputusan AS tersebut.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert berkata, dalam tempoh sembilan bulan yang lalu, kerajaan Sudan telah mengambil tindakan yang penting dalam mentaati perjanjian gencatan senjata di kawasan konflik, meningkatkan akses bantuan kemanusiaan dan kerjasama dengan AS dalam isu serantau dan antikeganasan. Namun beliau menegaskan kerajaan Sudan masih perlu mengambil lebih banyak tindakan bagi mewujudkan kedamaian yang menyeluruh dan berterusan di negara itu.

Kementerian Luar Sudan dalam kenyataan mengumumkan, pihaknya akan terus bekerjasama dengan AS tentang masalah bilateral, serantau dan antarabangsa yang diberikan perhatian bersama, memelihara kedamaian dan keselamatan antarabangsa, membanteras keganasan dalam apa jua bentuk serta imigran haram dan penyeludupan manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China