Cari:
Guterres Seru Lebih Aktif Tangani Perubahan Iklim
2017-11-11 14:48:10 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru masyarakat antarabangsa bertindak dengan lebih aktif untuk menangani perubahan iklim.

Beliau membuat seruan itu sebelum pergi ke Bonn, Jerman untuk menghadiri sidang perubahan iklim PBB semalam.

Menurutnya, statistik terkini yang diumumkan oleh badan-badan berkenaan memberikan amaran kepada masyarakat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa perlu lebih berazam dan segera bertindak untuk menangani masalah perubahan iklim.

Beliau menyeru dunia menurunkan lagi 25 peratus pelepasan gas rumah hijau menjelang tahun 2020. Selain itu, negara-negara maju diseru menunaikan janji mereka untuk menyediakan dana sejumlah USD100 bilion kepada negara-negara membangun bagi menangani masalah tersebut.

Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) mengumumkan laporan pada 30 Oktober lalu yang menyebut, tahap kepadatan karbon dioksida dalam atmosfera pada tahun 2016 telah mencatat tahap paling tinggi dalam 800 ribu tahun lalu. Negara-negara di dunia diseru mempopularkan teknologi yang rendah karbon.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China