Cari:
Persidangan Perubahan Iklim PBB di Bonn
2017-11-07 14:31:52 CRI Cetak
Pusingan baharu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perubahan iklim dirasmikan di Bonn, Jerman semalam.

Persidangan ini, yang dijadualkan berlangsung hingga 17 November nanti, akan membincangkan secara terperinci pelaksanaan konkrit Perjanjian Paris dengan penglibatan lebih 25 ribu wakil dari 195 pihak pemeterai perjanjian tersebut.

Wakil khas China bagi hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua berkata, China akan melaksanakan langkah-langkah menangani perubahan iklim dengan bersungguh-sungguh.

China komited untuk menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan akan terlibat aktif dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB agar menyumbang kepada tadbir urus iklim global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China