Cari:
"Perjanjian Paris" Akan Berkuatkuasa 4 November
2016-10-06 15:19:47 CRI Cetak

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam mengumumkan, Perjanjian Paris yang bertujuan untuk menangani perubahan iklim sejagat akan berkuatkuasa mulai 4 November nanti. Beliau menyeru kerajaan pelbagai negara dan pelbagai lapisan masyarakat melaksanakan dengan komprehensif perjanjian tersebut, mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau serta meningkatkan kemampuan dalam menangani perubahan iklim.

Perjanjian Paris menjadi dokumen undang-undang kedua tentang iklim selepas Protokol Kyoto.

Parlimen Eropah meluluskan perjanjian itu dengan majoriti undi setuju pada 4 Oktober yang lalu. Majlis Eropah seterusnya meluluskan resolusi itu mengikut prosedur secara tertulis. Ini bermakna Perjanjian Paris telah mempunyai syarat untuk dikuatkuasakan secara rasmi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China