Cari:
Li Keqiang Bertemu Putin
2017-11-30 12:22:36 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin, Moscow semalam, dan menyampaikan salam daripada Presiden Xi Jinping kepada beliau.

Menurut Li, rundingan antara Xi dengan Putin di Da Nang, Vietnam sesudah kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC), amat berhasil.

Perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara kian mantap, manakala kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, tenaga, prasarana, kapasiti industri, pembuatan kelengkapan serta pertanian semakin kukuh.

Selain itu, kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, inovasi sains dan teknologi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula menampakkan potensi yang besar.

PM Li turut menyatakan komitmen China untuk meningkatkan koordinasi dengan Rusia dalam hal ehwal antarabangsa.

Putin yang mengalu-alukan kedatangan PM Li untuk menghadiri sidang peringkat perdana menteri Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), melahirkan harapan agar kedua-dua negara menyelaraskan strategi pembangunan demi keuntungan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China