Cari:
Perang Banteras Daesh Telah Ragut 801 Nyawa Rakyat
2017-12-01 14:40:15 CRI Cetak

Menurut laporan pakatan tentera antarabangsa yang dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS), perjuangan untuk membanteras Daesh (IS) di Syria dan Iraq dalam tempoh tiga tahun lalu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 801 orang awam.

Dalam tempoh antara Ogos 2014 hingga Oktober tahun ini, pakatan itu telah melancarkan lebih 28 ribu serangan udara dan artileri di kedua-dua negara tersebut.

Sebanyak 1,790 laporan mengenai angka korban dan cedera orang awam akibat operasi pakatan itu telah dikeluarkan, antaranya 199 dianggap boleh dipercayai manakala 695 lagi sedang disahkan.

Bagaimanapun, data yang diterbitkan oleh beberapa badan bukan kerajaan meletakkan angka korban di dua negara berkenaan jauh lebih tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 5,961.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China