Cari:
China, AS Perlu Jalin Kerjasama Lebih Kukuh
2017-12-10 15:00:07 CRI Cetak

China dan Amerika Syarikat (AS) selaku dua entiti ekonomi terbesar, perlu menjalin kerjasama lebih kukuh demi situasi menang-menang.

Hal ini adalah isyarat positif kepada masyarakat antarabangsa dan sesuai dengan hasrat semua pihak.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri majlis perasmian seminar mengenai situasi antarabangsa dan diplomasi China 2017, di Beijing semalam.

Kata Wang, China tidak berniat mengubah atau menggantikan AS. Manakala, AS mustahil dapat menghalang pembangunan China.

Kepentingan bersama kedua-dua negara kini jauh mengatasi perbezaan.

China bersedia hidup bersama secara damai dengan AS berasaskan prinsip saling menghormati. Sementara itu, AS pula perlu memahami dan menerima China yang menempuh jalan pembangunan mengikut keadaan sendiri.

Tambah beliau, undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, prinsip Piagam PBB serta tiga Kenyataan Bersama China-AS, peraturan yang mesti dipatuhi bagi hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China