Cari:
Yang Jiechi: China dan AS Perlu Tingkatkan Dialog
2017-04-17 12:17:34 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi semalam menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson.

Yang berkata, Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump telah mengadakan rundingan di Mar-a-Lago, di samping menetapkan rancangan dan hala tuju hubungan kedua-dua negara.

Kedua-dua negara perlu terus meningkatkan pertukaran dan dialog peringkat tinggi, memperkasakan kerjasama menang-menang dan mengawal percanggahan berdasarkan prinsip saling menghormati.

Tillerson pula berkata, rundingan antara kedua-dua pemimpin di Mar-a-Lago amat berhasil.

Pihaknya berharap dapat meningkatkan komunikasi dengan China bagi mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Selain itu, kedua-dua pegawai kanan juga telah bertukar-tukar pendapat tentang situasi di Semenanjung Korea pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China