Cari:
China Harap Hubungan dengan AS Terus Dipertingkat
2017-01-20 14:29:16 CRI Cetak

Donald Trump akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Hala tuju hubungan AS-China pada masa akan datang kini menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, pihaknya berharap dapat berusaha bersama-sama dengan kerajaan baharu AS bagi memperkasakan hubungan antara kedua-dua negara.

Menurut beliau, China dan AS perlu mengadakan dialog dan komunikasi melalui kaedah yang membina bagi menangani masalah dan percanggahan pendapat yang sedia ada.

China berharap agar kedua-dua negara memperluas kerjasama di peringkat bilateral, serantau dan global dalam pelbagai bidang berdasarkan prinsip tidak berkonfrontasi, saling menghormati dan menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China