China sekali lagi menggesa Amerika Syarikat (AS) agar menghentikan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan, sambil menegaskan Beijing akan mengambil langkah yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan keselamatan sendiri.
Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam.
Menurut beliau, penempatan THAAD di Korea Selatan akan menjejaskan teruk keseimbangan strategik serantau serta kepentingan keselamatan negara-negara di rantau ini termasuk China, selain menjejaskan kedamaian dan kestabilan Semenanjung Korea.
China sekali lagi mendesak pihak-pihak yang terlibat supaya mementingkan keprihatinan China dan menghentikan tindakan tersebut.