Cari:
Militan Syria Guna Dron Serang Pangkalan Rusia
2018-01-09 14:24:08 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Rusia semalam mengumumkan, kumpulan militan di Syria menggunakan dron penyerang yang membawa bahan letupan untuk menyerang pangkalan tentera Rusia di Hmeimim dan Tartous pada malam 5 Januari lalu. Namun semua dron telah ditembak jatuh atau dikawal oleh tentera Rusia. Serangan itu tidak mengakibatkan kematian dan kecederaan orang atau kerugian harta benda.

Menurut maklumat kementerian itu, pasukan pertahanan udara Rusia di Syria mengesan 13 objek bersaiz kecil terbang menuju ke pangkalan tentera Rusia pada malam 5 Januari lalu. Antaranya sepuluh objek menuju ke pangkalan di Hmeimim dan tiga yang lain menuju ke pangkalan Tartous. Dron itu berlepas dari tempat sejah 50 kilometer dari pangkalan tentera Rusia tersebut. Tujuh dron itu berjaya ditembak jatuh dan enam yang lain dikawal oleh tentera Rusia.

Menurut pihak tentera Rusia, fius bahan letupan yang dibawa oleh dron itu bukan buatan Syria. Pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China