Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Steven Terner Mnuchin kelmarin menyatakan, pihaknya akan mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Iran di luar Perjanjian Komprehensif Isu Nuklear Iran.
Mnuchin mendakwa pihaknya akan meningkatkan sekatan kerana Iran "mencabuli hak asasi manusia". Pendirian AS tentang isu nuklear Iran amat jelas, iaitu perjanjian tersebut tidak mampu membendung Iran daripada menjalankan aktiviti peluru berpandu balistik. Oleh itu, perjanjian tersebut perlu dipinda.