Cari:
PBB Gesa Akhiri Perang di Yemen
2018-02-28 14:14:55 CRI Cetak

Utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Yemen, Ismail Ould Cheikh Ahmed semalam menggesa pihak-pihak terlibat dalam konflik di Yemen mengakhiri peperangan bagi melindungi kepentingan negara.

Beliau dalam sidang taklimat semalam berkata, pelbagai pihak telah mencapai kata sepakat mengenai beberapa perkara, namun mereka masih belum membuat komitmen untuk melindungi kepentingan negara.

Menurut beliau, perjanjian yang baru dicapai merupakan hasil muafakat, namun gagal dimeterai oleh pihak-pihak berkenaan.

Katanya, kumpulan bersenjata Houthi tidak menunjukkan kesediaan untuk bertolak ansur dalam aspek keselamatan buat masa ini.

Utusan khas itu turut menyeru agar tindakan bermusuhan dihentikan dan rundingan dipulihkan, agar kedamaian dapat kembali ke tanah Yemen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China