Pembahasan draf pindaan perlembagaan antara agenda penting sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-13 yang sedang diadakan di Beijing.
Para wakil NPC bersependapat bahawa pindaan perlembagaan adalah langkah penting bagi memperkasakan pentadbiran berdasarkan undang-undang secara komprehensif, serta pembangunan sistem dan keupayaan tadbir urus negara.
Wakil NPC yang juga Datuk Bandar Lincang, provinsi Yunnan, Zhang Zhizheng berkata, pindaan perlembagaan sesuai dengan keadaan semasa pembangunan negara. Pemaktuban fikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu dalam perlembagaan akan membantu menyatupadukan rakyat pelbagai etnik dan menghimpunkan tenaga seluruh lapisan masyarakat.
Wawasan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dimasukkan dalam draf pindaan perlembagaan turut menarik perhatian ramai.
Wakil NPC yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Jalan Sutera (SRCIC), Lv Jianzhong menganggap ini sesuai dengan kepentingan asas rakyat China malah seluruh dunia, dan nescaya akan diterima oleh masyarakat antarabangsa.