Cari:
Kaedah Politik Satu-Satunya Jalan Keluar Krisis Syria
2018-04-14 15:23:16 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengadakan mesyuarat untuk membincangkan situasi di Asia Barat khususnya masalah Palestin-Israel dan situasi Syria. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menghadiri mesyuarat ini dan memberikan taklimat tentang situasi semasa.

Wakil Tetap China ke PBB, Ma Zhaoxu menyatakan, situasi di Syria amat meruncing pada masa ini. Siasatan yang menyeluruh, objektif dan adil perlu dijalankan untuk membuat keputusan yang berwibawa.

Menurutnya, China tetap mempertahankan untuk menyelesaikan konflik secara damai dan menentang penggunaan kekerasan tanpa persetujuan Majlis Keselamatan. Tindakan seumpama itu tidak mematuhi Piagam PBB dan membelakangi undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa. Kedaulatan, kemerdekaan, penyatuan dan keutuhan wilayah Syria perlu dihormati dengan sepenuhnya.

China menyeru pihak-pihak yang berkenaan bertenang dan bersabar untuk mengelakkan situasi daripada menjadi lebih tegang serta menyelesaikan masalah melalui muafakat dan dialog.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China