Cari:
Noriani: Kisah Tanduk dan Sebatang Buluh
2011-05-25 10:40:21 CRI Cetak

China yang harmoni, Guichou yang Menawan
Suatu Perjalanan …. Noriani Mohd Idris 24 Mei 2011

Hari ini hari ketiga saya berada di bumi Guizhou yang cuacanya jarang cerah tetapi mendung dan aman sekali. Syukur tiada hujan kerana pengembaraan ini pasti terganggu. Namun saya sentiasa dipanaskan dengan kemesraan orang di Guizhou membuatkan saya mudah tersentuh.

Sejak menjejaki kaki di bumi Guizhou, tiga perkara yang sentiasa terpandang, tanduk kerbau, jagung kering dan buluh di sini.


(Bumbung rumah di Perkampungan Miao seakan rumah Minangkabau di Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia.)

Mungkin provinsi ini banyak kerbau atau ada cerita disebaliknya kerana tanduk kerbau seperti sesuatu yang keramat. Di perkampungan Miao, tergantung kepala kerbau siap dengan tanduknya selain jagung diletakkan di kiri kanan tanduk tersebut. Menurut lagenda, etnik Miao dikatakan berasal dari Puak Chi You yang bertubuh manusia dan berkaki kerbau serta bertanduk. Mereka dianggap kaum yang gagah perkasa. Untuk itu, bagi keturunan Miao, tanduk menjadi simbol yang dipuja yang mencerminkan kekuatan mereka. Kesannya, dapat dilihat dari rumah sehinggalah kepada hiasan pakaian tradisi mesti ada lambang tanduk.


(Chi You yang dianggap dewa oleh etnik Miao)

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China