Cari:
Noriani: Kisah Tanduk dan Sebatang Buluh
2011-05-25 10:40:21 CRI Cetak

Dari tanduk, kita ke Cerita Sebatang Buluh. Seandainya anda sesat di hutan dan hanya ada sungai dan sebatang buluh, apa yang akan anda lakukan? Sekali lagi saya bawakan Lagenda kaum etnik Miao.

Pada suatu ketika dahulu, Terdapat sebatang sungai umpama sungai berdarah (kerana warnanya merah) di satu perkampungan Miao yang dipenuhi dengan rimbunan buluh. Buluh itu menjadi mata pencarian mereka. Namun sukar untuk mereka bergerak kerana terpisah oleh Sungai berdarah itu. Satu hari dengan tidak semena-mena, salah seorang penduduk berjaya berdiri tegak atas sebatang buluh dan mampu bergerak keluar dari Sungai berdarah itu. Akhirnya semua penduduk kampung itu mula menguasai kemahiran bergerak menggunakan sebatang buluh dan diimbangi dengan galah sebagai pendayung. Selepas berkurun lamanya, penggunaan buluh itu menjadi sumber pengangkutan bagi etnik Miao bagi membawa hasil buluh dan juga barangan lain untuk bergerak berdagang.

Kemahiran itu berkembang dan diperkenalkan dalam Sukan Etnik Minoriti Kebangsaan ke 8 pada tahun 2007. Dalam sukan kali ini, acara ini dijadikan pertandingan rasmi. Peserta pertandingan ini akan menggunakan sebatang buluh diperbuat daripada gentian optik seberat 30 kilogram, panjangnya 7.5 meter dan berukuran lilit 16 sm. Jarak perlumbaan 60 meter dan 100 meter bagi kategori lelaki dan wanita. Siapa yang tiba dahulu di garisan penamat dijulang sebagai juara.

Namun semua latihan yang dijalankan oleh peserta adalah pada musim sejuk bagi menguji daya tahanan dan semangat kental mereka. Kali ini, hari pertandingan adalah pada bulan September iaitu pada musim gugur. Bayangkan lagi, mendayung dengan menggunakan sebatang buluh di tengah-tengah tasik yang begitu sejuk.


(Peserta berlatih di tengah tasik Maple Merah di Guiyang)


(Mengira detik berlangsungnya sukan Etnik di Dataran Guiyang)


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China