Cari:
Noriani: Meronda di Sekitar Pekan Qingyan
2011-05-26 08:55:11 CRI Cetak

China yang harmoni dan Guichou yang menawan
Suatu perjalanan …. Noriani Mohd Idris (26 Mei 2011)

Tidak lengkap kalau melawat Guizhou jika tidak menyusuri sejarah pekan kuno di Provinsi itu. Di hari keempat, lawatan ke Pekan Qinyang memenuhi agenda. Terletak di selatan pinggir bandar Guiyang sejauh 29 km, Pekan ini antara 4 buah pekan yang mengekalkan ciri-ciri zaman silamnya.

Malah Pekan Qinyang ini dikatakan paling terkenal dan paling menawan di seluruh China.

Bangunannya masih kekal utuh, bercirikan Dinasti Ming dan Qing dan sudah berusia 620 tahun. Mula dibina sekitar tahun 1378, pekan ini dilindungi oleh kerajaan Provinsi Guizhou bagi menjaga kepentingan agama, pertanian dan makanan.

Kini pekan ini sudah menjadi destinasi pelancongan yang paling maju dan dihuni oleh 61 peratus etnik Han dan selebihnya daripada kaum minoriti Miao dan Buyi. Kalau hendak menyelami suasana lampau, anda boleh sahaja ke kedai yang menyediakan kostum dan mengambil gambar dengan harga serendah RMB10 yuan sekeping.


(Wanita etnik Miao?)


(Wanita etnik Man?)

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China