Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Couchsurfing"
2011-06-15 17:06:35 CRI Cetak

Istilah "Couchsurfing" berasal dari laman web pelancongan mandiri "Couchsurfing" (http://www.couchsurfing.org) yang dibuka oleh Casey Fenton pada 1 Januari 2003. Katanya beliau mendapat inspirasi daripada pengalamannya sendiri sewaktu melancong ke luar negara secara mandiri. Sebelum bertolak, beliau menghantar email kepada seribu orang mahasiswa untuk minta tumpang menginap. Di luar sangkaannya, beliau mendapat banyak respons. Ini menjadikan beliau mahu mempromosikan cara ini kepada lebih ramai orang. Sejak pembukaan laman web Couchsurfing, lebih 2.4 juta pengguna daripada 245 buah negara atau kawasan sudah mendaftar menjadi ahli.

Couchsurfing konsepnya amat mudah, iaitu tumpang tidur di sofa orang lain. Tetapi tidak semestinya tidur di sofa. Tuan rumah yang mesra mungkin akan menyediakan tempat tidur yang lebih selesa, bahkan ada yang sudi membawa kita pergi melancong ke pelbagai destinasi menarik dan menikmati makanan tempatan yang lazat. Di samping itu, anda sendiri pun perlulah "sumbangkan" sofa anda sebagai tukaran.

Cara ini sudah menjadi semakin popular terutamanya di golongan muda. Berbanding cara tradisional, couchsurfing bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan penginapan, malah juga memberikan peluang untuk kita berkenal-kenalan dengan kawan di pelbagai negara lain. Selain itu, macam-macam perkara-perkara yang di luar dugaan mungkin berlaku ketika kita "Couchsurfing". Ini juga menarik minat orang muda untuk mencuba. Walaupun banyak kebaikannya, kita masih perlu berhati-hati ketika memilih "sofa" untuk menginap demi menjamin keselamatan kita.

Adakah anda pernah mengambil cara ini untuk melancong ke tempat lain? Kalau pernah, bolehkah berkongsi pengalaman anda?

Adakah anda pernah menyediakan tempat tidur untuk pelancong yang tidak dikenali? Setelah tahu adanya Couchsurfing, adakah anda tertarik untuk memilih cara ini untuk melancong dan menerima orang lain datang untuk menginap bersama?

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 22 Jun nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China