Cari:
Bagaimana Kekal Sihat Dalam Zaman Digital?
2012-06-19 13:52:46 CRI Cetak

Universiti Fudan Shanghai baru-baru ini menawarkan program bantuan pencegahan ketagihan internet kepada para pelajarnya. Antara faktor-faktor yang mengganggu pembelajaran, ketagihan internet dipercayai paling teruk dan kerap berlaku.

"Golongan mahasiswa akan menghabiskan masa yang agak panjang untuk membuat aktiviti dalam internet seperti main permainan komputer, menonton drama TV melalui internet, mengemaskini blog atau blog mikro sendiri, berbual-bual dalam talian dan sebagainya… mereka akan berasa tidak selesa dan resah sekiranya tidak menggunakan komputer walau seketika," kata pegawai universiti yang mengendalikan program tersebut.

Sebenarnya, penyakit ketagihan komputer dan internet tidak terhad kepada golongan mahasiswa. Dalam zaman yang serba moden ini, kita sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis produk elektronik, oleh itu risiko ketagihan sentiasa ada. Telefon bimbit dan komputer riba merupakan dua produk yang dianggap paling "diperlukan" pada setiap saat oleh ramai orang.

Memang benar kemajuan sains dan teknologi memudahkan kehidupan kita, namun ia juga menimbulkan pelbagai masalah fizikal dan psikologi. Maka, kita perlu mengubahsuai gaya hidup dan pemikiran kita bagi mengatasi masalah-masalah berkenaan demi kekal sihat dan ceria dalam zaman digital ini.

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 27 Jun 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
Pandangan Anda?
v Cuba "Rasa" China Dengan Lidah 2012-06-12 14:35:14
v Jangan Ketinggalan Kempen "Green Consumption" 2012-06-05 12:06:34
v Penjagaan Pesakit Bakal Meninggal 2012-05-29 13:51:26
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China