Kini, semakin ramai orang yang dilahirkan pada tahun 1980-an telah menjadi ibu bapa. Mereka kebanyakannya menerima pendidikan yang bermutu dan terpaksa menghadapi saingan yang sengit. Oleh itu, mereka memegang prinsip "tidak membenarkan anak sendiri kalah di garis permulaan." Maka, mereka amat mementingkan pendidikan awal walaupun anak mereka masih kecil lagi.
Prinsip ini mendapat sokongan pakar berkenaan kerana pendidikan awal memang memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran manusia. Istilah "pendidikan awal kanak-kanak" merujuk kepada pendidikan kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Menurut hasil kajian saintifik, perkembangan otak manusia paling pesat sebelum usia 6 tahun, maka pendidikan dalam tempoh ini yang dianggap sebagai pendidikan permulaan (elementary education) menjadi asas kepada pembelajaran lain dalam sepanjang hayat manusia.
Namun begitu, ibubapa muda juga dinasihati supaya bersederhana dan jangan keterlaluan dalam hal ini. Tambahan pula, banyak agensi dibuka untuk memenuhi keperluan ibubapa muda dalam mendidik anak mereka, tetapi tidak semua diperakui kerajaan atau badan-badan pendidikan rasmi.
Peribahasa China "Ba Miao Zhu Zhang" bermaksud menarik semaian ke atas untuk membantunya tumbuh dengan lebih cepat. Ia digunakan untuk mempersenda perbuatan yang tidak mengikut hukum alam dan menasihati kita supaya bersabar dan tidak mengharapkan hasil kerja yang serta-merta. Dalam hal pendidikan awal kanak-kanak, kita juga perlu berjaga-jaga supaya tidak "Ba Miao Zhu Zhang".
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 11 July 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn