Cari:
Adakah Diet Vegetarian Merujuk Kepada Makanan Tanpa Daging Semata-mata?
2013-01-08 09:39:18 CRI Cetak

25 November lalu disambut oleh semua vegetarian di seluruh dunia sebagai Hari Tanpa Daging Sedunia yang bermula di India pada tahun 1986. Sebut tentang diet vegetarian dan pengamal gaya hidup vegetarian, kita mungkin terbayang tema melibatkan agama, mengurangkan berat badan dan kesihatan. Namun pada hakikatnya, terdapat pelbagai faktor yang mendorong kebanyakan orang memilih diet vegetarian. Antaranya, ada yang mempunyai matlamat tegas, ada pula menganggap makan diet vegetarian sebagai langkah permulaan untuk hidup yang baharu atau langkah untuk mengejar ketenangan jiwa.

Dari sudut khasiat dan kesihatan, masih terdapat sedikit salah faham terhadap diet vegetarian. Sebenarnya pilihan untuk menjadi vegetarian atau tidak perlu berdasarkan keadaan sebenar diri. Diet vegetarian bukanlah mengelakkan memakan daging semata-mata, tetapi juga boleh mendatangkan kesihatan kepada kita setelah menguasai ilmu dan kaedah yang sepatutnya.

Apakah pandangan anda terhadap gaya hidup vegetarian? Sekiranya anda sudah menjadi vegetarian, apakah faedahnya makan vegetarian pada pendapat anda? Topik tersebut akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 16 Januari 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China