Cari:
Nelawati: Huangshan: Himpunan Keindahan China
2013-03-21 12:42:43 CRI Cetak

Rupa-rupanya, begitulah rupa bunga sesawi, kuning dan tetap tegak berdiri walau ditiup bayu bukit. Umpama raja di perbukitan layaknya. Pokok sesawi mula ditanam pada musim dingin, iaitu sekitar bulan November. Dalam tempoh empat bulan, pokok ini membesar sehingga setinggi satu meter dan mengeluarkan bunga. Biji sesawi digunakan untuk membuat minyak. Ada dua cara mendapat minyak sesawi, iaitu dengan memotong batangnya atau memetik bijinya sahaja. Cara kedua menghasilkan minyak yang bermutu tinggi berbanding cara pertama kerana tiada campuran daun dan batang yang boleh mengurangkan mutunya. Mendakap bunga sesawi ini memang membuatkan ahli rombongan kami terutama yang perempuan begitu teruja. Bagi saya pula, umpama mimpi menjadi kenyataan. Tak terucap dengan kata-kata untuk menggambarkan keindahan bunga sesawi ini.

(musim ini, bunga sesawi berkembang dan menjadi tarikan utama Kaunti Shexian)

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China