bayangkanlah, betapa seronoknya duduk di bangku sambil berbual-bual
Tak lengkap perjalanan jika tidak melihat sejarah kaunti Huizhou. Kami di bawa melawat Kampung Tangmo yang sudah berusia 1,400 tahun, iaitu dibuka pada zaman Dinasti Tang. Kampung lama ini masih dipelihara dengan baik malah masih terdapat dihuni. Barisan rumah dan juga kedai terdapat di kiri dan kanan tali air. Kedai lama berpintukan kepingan papan ini mengingatkan saya kepada kedai lama di kampung halaman. Di hadapan kedai, yakni di tebing sungai didirikan bangku panjang tempat duduk bersantai. Suasana yang nyaman dan santai menggambarkan betapa ketenangan sentiasa menyelubungi kampung ini.