Cari:
Nelawati: Huizhou, Kecantikan Kamelia yang Tak Terucap, Kampung Purba yang Melenakan
2013-03-23 17:13:51 CRI Cetak

empat tiang di tengah dewan ini masing-masing bernilai 300 juta yuan

Lazimnya, golongan kaya akan membina rumah berhala bagi memuja nenek moyang. Di Kampung Chengkan ini terdapat rumah berhala keluarga Luo, yang dibina pada tahun 1609. Rumah berhala seluas 3300 meter persegi ini yang terbesar di kawasan Sungai Yangtze. Selain itu, seni bina klasiknya dan hiasan yang terdapat di dalam rumah berhala ini mempunyai nilai seni yang tinggi. Namun yang lebih menarik perhatian kami ialah empat tiang seri sebesar dua pemeluk yang terdapat di dalam berhala ini. Bukan ukirannya tetapi nilai kayu itu sendiri yang mencecah 300 juta yuan sebatang. Ini kerana tiang itu diperbuat daripada sejenis kayu yang sangat berharga. Dalam masa 10 tahun, kayu jenis itu mencapai ketinggian hanya kira-kira 6 sm saja! Bayangkan masa diambil untuk tumbuh sebesar dua pemeluk! Kami tak mungkin dapat memiliki kekayaan itu maka kami hanya mendakapnya seketika.

Lawatan ke kampung-kampung purba ini menyedarkan saya betapa usaha yang sistematik seperti ini boleh ditiru. Bukan sahaja untuk memelihara sejarah demi pengetahuan generasi akan datang, malah boleh dijadikan sumber pelancongan.


1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China