Cari:
Nelawati: Huizhou, Kecantikan Kamelia yang Tak Terucap, Kampung Purba yang Melenakan
2013-03-23 17:13:51 CRI Cetak

Kampung Chengkan

Selain Kampung Tangmo, kami juga melawat Kampung Chengkan, sebuah lagi kampung purba di kaunti Huizhou. Bezanya, Kampung Chengkan ini didirikan berdasarkan konsep "Yin" dan "Yang". Maknanya susun atur kampung ini dibuat mengikut amalan fengshui. Rumah penduduk kampung dibina di sebelah "Yang", iaitu positif, manakala sawah padi di sebelah "Yin" iaitu yang negatif. Kampung dibina di seberang kolam besar yang juga berfungsi sebagai pertahanan daripada serangan musuh. Kampung ini dilingkungi tembok dan lorong yang menghubungkan seluruh kampung. Dalam sebuah rumah yang pernah dimiliki oleh golongan kaya, terdapat sistem pendingin dan pemanas udara di bawah lantai. Sebuah tangki berisi air diletakkan di bawah lantai rumah yang berfungsi sebagai pendingin udara ketika musim panas dan sebaliknya.


1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China