Cari:
Lawatan ke Xiamen: Universiti Xiamen
2015-05-20 15:38:40 CRI Cetak


Dewan Memorial Universiti Xiamen dibina pada tahun 1921

(Penulis: Zaidah Ahmad Rosly)

Hari ini merupakan hari yang sangat padat dan penuh dengan aktiviti di Universiti Xiamen. Pada sesi pagi, iaitu pada 8.30 pagi delegasi CRI telah dibawa ke bangunan tertua di Universiti Xiamen untuk mendengar taklimat tentang sejarah penubuhan Universiti Xiamen di Dewan Memorial. Menurut sejarah, Universiti Xiamen diasaskan oleh seorang usahawan dari Malaya, Tan Kah Kee pada tahun 1921. Universiti Xiamen adalah satu-satunya universiti di China yang diasaskan oleh orang China dari negara asing. Universiti Xiamen mempunyai sejarah yang panjang dan berliku antaranya termasuklah krisis ekonomi pada sekitar tahun 1930-an, Peperangan Jepun-China pada tahun 1938 dan Perang Dunia II pada tahun 1945. Banyak kerosakan dan kemusnahan yang berlaku kepada Universiti Xiamen akibat krisis dan peperangan tersebut, namun berkat kesabaran pemimpin universiti tersebut, Universiti Xiamen mampu berdiri megah sebagai antara universiti terbaik di China pada hari ini. Bidang Sains Kelautan adalah antara kursus awal yang ditawarkan di Universiti Xiamen dan merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus tersebut.

Sesuatu yang sangat mengagumkan tentang Universiti Xiamen ialah universiti tersebut telah menjalinkan kerjasama dalam pendidikan dengan Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 1940-an apabila Presiden ke-3 universiti tersebut mengadakan kunjungan ke AS atas undangan AS. Pada tahun 1962, Universiti Xiamen diiktiraf sebagai universiti kebangsaan. Kini, Universiti Xiamen mempunyai tiga kampus di China, iaitu kampus utama di Siming, Kampus ZhangZhou dan Kampus Xing'an. Pada tahun 2015, Universiti Xiamen bakal membuka sebuah kampus lagi di Malaysia. Pembukaan kampus ini selain sebagai salah satu usaha pengantarabangsaan Universiti Xiamen, adalah juga sebagai memperingati jasa dan sumbangan Tan Kah Kee dalam pendidikan di China. Arca Tan Kah Kee turut diabadikan di hadapan Dewan Memorial Universiti Xiamen. Dewan Memorial Universiti Xiamen adalah satu-satunya bangunan lama yang sangat dipelihara sehingga kini. 

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China