Terowong sepanjang 1 kilometer ini selain digunakan untuk ke makmal, juga digunakan sebagai tempat membuat graffiti.
Di makmal tersebut, mahasiswa daripada kursus kejuruteraan akan mempraktikkan teori-teori yang telah diajarkan di dalam bilik kuliah. Sebagai contoh, sekiranya mereka sedang mempelajari tentang enjin kereta lumba permainan, mereka akan menghasilkan prototaip kereta lumba tersebut dan membuat pengujian. Rata-rata mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam tugasan mereka dan mereka juga sering menyertai pelbagai pertandingan. Hal tersebut bukan sahaja baik untuk pengalaman dan pengetahuan mereka, malahan merupakan motivasi kepada mereka untuk terus menghasilkan pelbagai rekaan dan ciptaan baharu pada masa akan datang.
Walaupun, hari yang padat dan memenatkan, namun pengalaman melawat ke Universiti Xiamen dan bertemu dengan pemimpin, pensyarah dan mahasiswa Universiti Xiamen adalah kenangan yang manis dan tidak akan mudah untuk dilupakan.