Cari:
Lawatan ke Xiamen: Universiti Xiamen
2015-05-20 15:38:40 CRI Cetak


Presiden Universiti Xiamen, Profesor Zhu Chongshi

Setelah selesai sesi taklimat di Dewan Memorial, delegasi CRI seterusnya dibawa melawat ke kawasan sekitar universiti. Ternyata benar Universiti Xiamen adalah universiti yang paling cantik dan istimewa di China. Di belakangnya gunung yang menghijau, manakala di depannya pula adalah laut yang membiru. Setelah seharian penat menghadiri kuliah dan menelaah buku di perpustakaan, pandanglah ke arah gunung-ganang yang menghijau kerana warna hijau dikatakan mampu merehatkan mata, namun sekiranya berasa tertekan, pandanglah ke arah laut yang membiru kerana warna biru dikatakan mampu untuk menenangkan perasaan. Begitulah indahnya pemandangan alam di sebuah universiti.

Setelah selesai sesi lawatan, delegasi CRI seterusnya berkesempatan untuk bertemu dengan Dr. Zhu Chongsi, Presiden Universiti Xiamen. Pada kesempatan tersebut, delegasi CRI berpeluang untuk bertanyakan soalan mengenai perkembangan dan wawasan Universiti Xiamen. Kami, delegasi CRI daripada Bahagian Bahasa Melayu telah bertanya tentang strategi mengantarabangsakan Universiti Xiamen melalui penubuhan kampus di Malaysia dan operasi kampus tersebut pada masa hadapan. Menurut Dr. Zhu Chongsi, beliau berbangga dengan penubuhan kampus di Malaysia dan berpendapat penubuhan kampus tersebut bukan sahaja merupakan peluang kerjasama yang baik untuk China dan Malaysia dalam merealisasi Zon Perdagangan Bebas Fujian dan gagasan Satu Jalur, Satu Laluan, malahan merupakan salah satu strategi untuk membangunkan Universiti Xiamen sebuah universiti bertaraf dunia melalui penyelidikan dalam pelbagai bidang pengajian antaranya termasuklah geografi, kimia, pengurusan dan ekonomi. Menurut beliau lagi, hanya melalui pendidikan tinggi sahaja sesebuah negara tersebut dapat dibangunkan sehingga mencapai status terbaik di dunia. Universiti Xiamen kampus Malaysia akan menawarkan 10 kursus dan dianggarkan dapat menampung sehingga 10,000 orang mahasiswa.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China