Makmal Mahasiswa Kejuruteraan
Di makmal ini mahasiswa menghasilkan prototaip rekaan mereka dan membuat pengujian.
Selepas itu, kami berpeluang untuk menyertai mahasiswa dalam kuliah Komunikasi Kebudayaan dan Perdagangan. Melalui pengamatan kami, rata-rata mahasiswa begitu aktif semasa sesi pembelajaran dijalankan dan mereka mengambil bahagian dalam setiap sesi perbincangan yang diadakan. Kemudian, kami bertemu dengan seorang profesor dalam bidang ekonomi (Izzati, tolong masukkan nama). Menurut profesor, dalam usaha memberikan pendedahan kepada mahasiswa ekonomi, pihak fakulti telah mengundang tenaga pengajar terbaik daripada pelbagai negara bagi memastikan mahasiswa Universiti Xiamen terus kekal cemerlang. Seterusnya, kami melawat ke makmal Experimental Economic. Ternyata Universiti Xiamen mempunyai makmal yang lengkap dan canggih. Oleh itu, impian dan harapan pihak universiti untuk menjadikan Universiti Xiamen sebagai salah satu universiti bertaraf dunia adalah sesuatu yang tidak mustahil dan bukanlah angan-angan kosong belaka.
Pada malamnya pula kami berkunjung ke makmal mahasiswa. Untuk ke makmal tersebut, kami perlu melalui terowong yang sepanjang satu kilometer. Yang uniknya, dinding terowong tersebut telah dimanfaatkan oleh mahasiswa untuk mengekspresikan imaginasi kreatif mereka dengan menghasilkan pelbagai grafiti. Walaupun perlu berjalan di dalam terowong, namun delegasi CRI sangat gembira dan terhibur tatkala melihat grafiti tersebut. Ya, jiwa muda memang banyak ideanya.