Cari:
Xi'an, Manisnya Pertemuan Yang Pertama
2015-06-13 17:59:04 CRI Cetak

Kesempatan bertemu dengan Timbalan Ketua Penerangan Daerah Lianhu, Chen Fubao merupakan kesempatan yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana melalui pertemuan tersebut, beberapa maklumat mengenai Xi'an, khususnya mengenai perkembangan pasaran produk makanan halal Malaysia di Xi'an telah diperoleh.


Sesi pertemuan dengan Timbalan Ketua Penerangan Daerah Lianhu

Antara perkara yang dapat disimpulkan daripada pertemuan tersebut termasuklah kerjasama yang semakin kukuh antara usahawan produk makanan halal Malaysia dengan Xi'an, penubuhan kawasan Da Tang Xi Shi untuk mempromosikan produk halal dari Malaysia, tahun 2015 merupakan tahun yang gemilang dalam kerjasama produk makanan halal Malaysia-Xi'an apabila diadakan seminar mengenai produk makanan halal Malaysia di Xi'an dan termeterainya dua perjanjian penting antara kedua-dua pihak, peningkatan perdagangan produk Malaysia daripada RM20 juta pada tahun 2014 kepada RM28 juta setakat tahun 2015 dan kemajuan dalam pasaran makanan halal secara tidak langsung telah membuka jalan kepada sektor pelancongan kedua-dua negara untuk membangun apabila 30 agensi pelancongan dari Malaysia telah datang ke Xi'an untuk mengetahui dengan lebih lanjut destinasi-destinasi pelancongan yang boleh dipromosikan kepada pelancong Malaysia.


Bangunan Pejabat Pentadbiran Xi'an

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China