Cari:
Xi'an, Manisnya Pertemuan Yang Pertama
2015-06-13 17:59:04 CRI Cetak

Seusai sahaja pertemuan dengan Timbalan Ketua Penerangan Daerah Lianhu, saya sempat singgah dan menunaikan solat di Masjid Besar Xi'an. Tidak dapat saya bayangkan betapa berbunga-bunganya hati saya apabila dapat masuk ke masjid yang sudah berusia 1300 tahun ini. Walaupun masjid besar ini sudah berusia 1300 tahun, namun masih kukuh dan utuh. Di sebalik perasaan gembira, timbul juga perasaan bangga bercampur terharu melihat masjid besar tersebut. Bangga kerana sinar Islam terus kukuh di Xi'an dari satu generasi ke satu generasi dan terharu melihat kesungguhan nenek moyang dahulu yang gigih berusaha dan bekerja keras demi membina masjid besar ini. Kita semua sedia maklum bahawa pada zaman dahulu tiada kemudahan mesin atau teknologi untuk mendirikan sesuatu bangunan. Segala-galanya adalah atas keringat, usaha, kerajinan, keazaman dan semangat nenek moyang untuk mendirikan masjid besar ini. Jiwa besar merekalah sebenarnya yang membangunkan masjid besar ini sehingga dapat bertahan selama 1300 tahun.


Dewan Solat Utama, Masjid Besar Xi'an. Dewan ini boleh memuatkan hampir seribu orang jemaah


Pavilion Phoenix merupakan bangunan yang sangat istimewa kerana menggabungkan pintu gerbang China dengan pavilion. Pavilion ini juga merupakan bangunan utama yang terletak di tengah-tengah kawasan berbentuk heksagon. Keseluruhan kawasan tersebut dilihat seolah-olah seekor burung phoenix yang cantik sedang mengembangkan sayapnya untuk terbang.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China