Cari:
Kalau Tanah Liat Boleh Berbicara
2015-06-14 11:16:27 CRI Cetak

Muzium yang menyimpan rahsia salah satu keajaiban dunia ini terletak di timur bandar Xi'an, satu lokasi yang cukup ideal dengan dua batang sungai mengalir berdekatan dengannya dan banjaran hijau tersergam di sebelah selatan. Bagi melindungi khazanah yang penting kepada tamadun manusia ini untuk generasi akan datang, pada tahun 1987, tapak bersejarah ini disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO.


Orang datang dari seluruh dunia untuk melihat warisan yang tidak ternilai ini

Dalam dunia hari ini, kemajuan teknologi maklumat yang terlalu pantas ada kalanya membuat kita berasa lemas, tetapi sekiranya kita ingin mengetahui tentang sesuatu perkara, termasuk patung terracotta, mudah sahaja kerana semuanya di hujung jari. Sekarang, kebanyakan orang yang melawat ke Xi'an untuk melihat patung tanah liat ini mungkin sudah pernah melihat foto-fotonya di internet terlebih dahulu. Walaupun perasaan melihat dengan mata sendiri pasti tidak sama, tetapi sudah semakin ramai orang tahu bagaimana rupa patung ini sebelum pernah sampai ke Xi'an lagi.

Namun 40 tahun lalu, tidak ada teknologi sebegitu. Cuba kita bayangkan bagaimana agaknya perasaan orang ketika patung-patung tanah liat ini ditemui oleh petani yang menggali perigi pada tahun 1974 dahulu? Sudah tentulah berita ini menggegarkan dunia, dan pastilah ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengar misteri patung tanah liat maharaja pertama China ini diungkai oleh pengkaji.


Agaknya apa lagi rahsia yang masih belum kita ketahui tentang patung-patung ini?

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China