Cari:
Kesan Tapak Kaki di Pasir
2015-06-18 09:41:10 CRI Cetak


Bentuk bumi Yardang, memang padan dengan namanya yang bermaksud "gunung kecil yang curam" dalam bahasa Uygur

Rasanya bukan orang yang berasal dari negara beriklim khatulistiwa sepertiku sahaja sahaja, tetapi sesiapa yang melihat bentuk bumi Yardang ini pasti merasakan landskapnya seperti sebuah dunia yang lain. Bukit batu yang kuning dan permukaan pasir yang hitam merupakan pemandangan tipikal di sini.


Adakah rombongan Kembara Laluan Sutera bergambar di sebuah dunia yang lain?

Dalam episod-episod program Sayap yang lalu, aku dan Melur pernah memperkenalkan bentuk bumi ini serta Taman Geologi Negara Bentuk Bumi Yardang, sebuah destinasi peranginan peringkat AAAA negara ini. Pada ketika itu, aku merasakan sukar sekali hendak membayangkan bentuk-bentuk batu yang digelar "kota hantu" oleh orang zaman dahulu. Namun pada hari ini, imej dalam imaginasiku digantikan dengan landskap yang benar.

1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China