Cari:
Zaidah: Festival Layang-layang Beijing, Menggamit Nostalgia
2016-04-25 13:36:07 CRI Cetak

Selain itu, para peserta juga begitu "sporting" apabila ada antara pengunjung yang mahu mencuba bermain layang-layang mereka dan bergambar kenangan. Menurut para peserta, melalui festival seperti inilah mereka dapat saling mempelajari "budaya dan teknik" layang-layang dari negara-negara lain sambil memperkenalkan layang-layang negara sendiri kerana di medan itulah layang-layang dari Timur bertemu dengan layang-layang dari Barat. Oleh sebab itu, mereka tidak jemu-jemu berkelana dari satu negara ke satu negara dengan membawa layang-layang masing-masing demi menghidupkan aktiviti tersebut agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Terdapat juga antara mereka bukan sekadar memperkenalkan layang-layang, malah turut mempunyai agenda tertentu. Sebagai contoh, seorang peserta dari AS telah membawa layang-layang harimau yang dilukisnya sendiri dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai perlindungan haiwan.

Layang-layang daripada negara India yang menyampaikan mesej persahabatan

Layang-layang yang mewakili "Amazing Thailand"

Pada festival tersebut, saya sempat berbual-bual dengan Haji Nazri bin Ahmad dari Kuala Lumpur. Saya agak kagum dengan beliau kerana telah menyertai festival seumpama itu di beberapa negara, antaranya termasuklah London, Dubai, China, dan sebagainya. Beliau sempat bercerita tentang layang-layang yang dibawanya sempena festival tersebut, iaitu dua layang-layang monyet yang setiap satunya berharga RM4000. Namun, pada saat saya berada di situ, beliau tidak dapat melayangkan monyet-monyet tersebut kerana tiupan angin yang begitu kuat dan beliau bimbang monyet-monyet tersebut akan terus hilang dibawa tiupan angin.

Saya sebenarnya agak hairan apabila beliau berkata begitu lalu bertanya. Menurut beliau, beliau menggunakan tali yang boleh menahan berat sehingga 500 kilogram pada layang-layang beliau. Namun begitu, sekiranya angin terlalu kuat, tali tersebut ada kalanya tidak mampu menahan tiupan angin dan boleh terputus. Tambah beliau lagi, sekiranya kita berasa angin bertiup terlalu kuat semasa berada di bawah, sebenarnya angin yang berada di bahagian atas adalah lebih berganda-ganda kekuatannya. Saya sendiri sudah mencubanya, memang perlu memegang tali tersebut dengan kuat. Maka, beliau mengambil keputusan untuk menunggu saat yang sesuai untuk menerbangkan dua ekor monyet beliau.

Kru Kenali Beijing bergambar kenangan dengan Haji Nazri Ahmad dan Encik Lee Poi Long yang mewakili Malaysia

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China