Cari:
Zaidah: Festival Layang-layang Beijing, Menggamit Nostalgia
2016-04-25 13:36:07 CRI Cetak

Pada sebelah petang pula, saya ke Taman Ungu atau Purple Valley Eden. Di situ juga diadakan aktiviti bermain layang-layang, namun saya begitu asyik dan lebih terpesona dengan persekitaran taman tersebut kerana menyerlahkan gaya Eropah pada binaan bangunannya, selain menimbulkan suasana romantis kerana dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni.

                                                                                                                         

Jackie dari Afrika Selatan sedang berusaha menaikkan layang-layangnya.

Keindahan dan keserian bunga-bungaan yang menyegarkan mata memandang

Antara tarikan istimewa yang boleh dilihat di Taman Ungu atau Purple Valley Eden

Itulah pengalaman seharian saya di festival layang-layang yang diadakan di Beijing. Walaupun seketika, namun pelbagai pengalaman telah saya peroleh yang sedikit sebanyak menguatkan keinginan saya untuk bermain layang-layang semula nanti. Pada ketika itu, saya harap saya dapat menerbangkannya sejauh dan setinggi yang boleh biar megah nun di angkasa raya.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China