Cari:
Zaidah: Festival Layang-layang Beijing, Menggamit Nostalgia
2016-04-25 13:36:07 CRI Cetak

Selain itu, saya juga sempat bertemu dengan seorang lagi peserta dari Johor Bahru, Malaysia, iaitu Encik Lee Poi Long. Beliau telah berpengalaman bermain layang-layang selama hampir 28 tahun, iaitu sejak tahun 1988. Beliau banyak terlibat sebagai ahli jawatankuasa Festival Layang-layang Pasir Gudang. Berbeza dengan Haji Nazri, Encik Lee lebih banyak menyertai festival layang-layang di sekitar negara China dan Asia Tenggara disebabkan faktor usia. Menurut beliau, setelah bersara sebagai penjawat awam, walaupun banyak masa untuk menyertai pelbagai festival layang-layang, namun kudrat beliau sudah semakin kurang. Oleh sebab itu, beliau lebih senang menyertai festival layang-layang di China dan Asia Tenggara, selain sudah kenal rapat dengan beberapa orang penganjur, khususnya di China.

Layang-layang berkembar yang menarik perhatian saya

Selepas berada di tapak ekspo, saya bergerak ke dewan pameran layang-layang. Di situ, saya menyaksikan pelbagai layang-layang tradisional Cina dan layang-layang moden dipamerkan. Selain itu, turut diadakan demonstrasi membuat layang-layang bagi peminat layang-layang yang terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.

Dewan pameran Layang-layang yang mempamerkan layang-layang tradisional Cina dan layang-layang moden

Antara layang-layang yang dipamerkan

Para pengunjung daripada pelbagai negara sedang gigih menyiapkan layang-layang masing-masing

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China