Cari:
• Banyak Manfaat dan Pengetahuan yang Saya Dapat Kutip dengan Membaca Kembara Sutera 2012-11-30
Terima kasih kerana menerbitkan majalah Kembara Sutera. Banyak manfaat dan pengetahuan yang saya dapat kutip dengan membaca majalah tersebut. Saya sedang mengumpul wang untuk pergi melancong ke negara China pada tahun depan. Bak kata orang "Jauh perjalanan luas pengalaman".
• Persediaan untuk ke Negara Tembok Besar China termasuklah Membawa Wacana Kembara Sutera 2012-11-30
Saya sangat bertuah kerana rakan sekerja telah memberikan saya wacana tersebut beberapa hari sebelum saya berangkat. Banyak tip yang boleh dikongsikan dalam kembara saya bersama kawan-kawan di negara Tembok Besar China khususnya tentang tempat-tempat menarik beserta budaya masyarakat di China.
• Kembara Sutera, Panduan Berguna 2012-10-16
Saya memang bercadang untuk ke China. Dengan adanya majalah Kembara Sutera ini, ia benar-benar memberikan saya panduan yang berguna untuk saya melancong ke sana. Saya selalu membaca majalah Kembara Sutera ini sambil-sambil berehat di rumah dan juga sebagai panduan untuk mengetahui produk-produk atau lokasi-lokasi menarik yang wujud di China.
• Kembara Sutera Membantu Guru dan Pelajar Meluaskan Ilmu 2012-10-16
Terima kasih kpd kumpulan KEMBARA SUTERA atas kejayaan menerbitkn majalah ini. Saya tidak pernah membaca majalah ini sehinggalah sy mengunjungi perpustakaan sekolah. Setelah membaca majalah ini, sy dapati input yang ada dlm majalah ini sgt membantu kami guru dan pelajar dlm meluaskan ilmu tentang sejarah, budaya dan tatacara hidup negara luar seperti negara China.
• Kembara Sutera yang Menarik Hati 2012-08-14
Majalah Kembara Sutera: Kota Larangan Beijing yang saya beli sebagai sisipan di dalam Majalah Libur (Edisi Julai 2012) lalu telah membantu saya dalam memberi panduan dan gambaran awal mengenai Beijing. Kebetulan, saya dan rakan akan mengikuti satu lawatan akademik ke Beijing sambil jalan-jalan di sana.
• Komen tentang Peribahasa China "hua bing chong ji" 2012-07-23
Saya pernah membaca sebuah cerpen berjudul "Banyak Jalan Menuju Roma". Kehidupan tidak selamanya dapat dijalani dengan mulus, dan tidak jarang harapan dan keinginan harus kandas di tengah jalan. Kadang kala kegagalan itu menyakitkan hati atau menyiksa batin. Sikap yang harus kita kembangkan adalah, bahwa jika satu upaya tidak membuahkan hasil, maka cobalah melakukan upaya yang lain walaupun lebih kecil maupun hanya sekedar dapat menghilangkan rasa sakit.
• Pandangan Tentang "Gap Year" Daripada Rudy Hartono 2012-01-31
Gap Year adalah istilah yang baru sahaja yang ketahui dari sini, sebuah berita yang bagus tentunya diekspos oleh CRI Malay. Melihat perkembangan Asia saat ini memang Gap Year sudah mulai merambah ke tren anak muda Asia, yang selama ini hanya dinikmati oleh pemuda Barat yang lebih dahulu makmur dan berjalan2 keluar negara merupakan bagian dari perjalanan hidupnya.
• Pandangan tentang "Chen Yu Luo Yan" daripada Rudy Hartono 2011-12-12
Kecantikan wanita memang mencuri perhatian kaum adam dan sering digambarkan seperti pepatah tersebut saking kagumnya dan hingga zaman ini kecantikan wanita menjadi ajang kecantikan dunia seperti Miss Universe, kalau di Indonesia ada Puteri Indonesia, dimana seluruh wanita Indonesia yang memiliki talenta, cantik dan briliant mengikuti Ajang Pemilihan Puteri Kecantikan ini.
• Pandangan tentang "Makan Tengah Hari Percuma" daripada Rudy Hartono 2011-12-09
Berkaitan dengan hal kebajikan apalagi berkenaan dengan masyakat awam, terlebih lagi diberikan kepada pelajar yang miskin adalah keharusan bagi orang yang mampu. Di dalam hubungan sesame manusia hal ini adalah diwajibkan untuk berbagi dan menyisihkan hartanya untuk berbuat kebajikan, karena di setiap harta yang kita miliki adalah 2,5 % adalah hak orang lain yang berhak menerimanya.
• Pandangan tentang Pribahasa China: Yi Yan Wei Zhong daripada Rudy Hartono 2011-12-09
Topik menarik yang diperbincangkan oleh Kak Melur dan kak Farah ; Janji memang mudah dilafadzkan namun pada kenyataannya sulit untuk dijalankan. Janji adalah harga diri, saya menyebutkannya seperti itu kerana janji yang ditepati maka seseorang akan dipandang sebagai orang yang amanah dan memegang teguh pendiriannya sedangkan orang yang suka untuk tidak tepati janji maka orang lain akan mencemoohnya dan menganggap hina orang tersebut.
• Komen tentang peribahasa Shu Neng Sheng Qiao daripada Firdaus Abu Sangaji, Indonesia 2011-11-07
Saya bersetuju dengan tajuk "tahu tak peribahasa Shu Neng Sheng Qiao", latihan hasilkan kecekapan. Saya bangsa Melayu di Indonesia, bahasa Melayu bahasa ibunda saya, jadi saya boleh bertutur bahasa ini dengan fasih, tapi bagi mereka yang bukan bangsa Melayu tapi belajar bahasa ini dan mampu bercakap dengan baik, saya berasa kagum dan bangga.
• Pandangan tentang "Pembedahan Plastik" daripada Swee Kim Lim 2011-10-24
Pada pandangan saya, penbedahan plastik adalah satu "barang" yang popular di pasaran pada masa kini. bagi saya untuk menjalani pembedahan plastik atau tidak adalah terpulang kepada individu itu sendiri (tidak sepatutnya berlaku diskriminasi).
1 2 3 4 5 6 7 8 9 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China