Cari:
Farah: Perjalanan di Jiangxi (25 April 2011)
2011-04-26 18:33:31 CRI Cetak

Menara ini tingginya 57.5 meter. Ada sembilan tingkat semuanya dan kami terus ke tingkat teratas dengan menaiki lif. Wang Bo pada zamannya pasti mengah untuk sampai ke atas ya? Bahagian dalam menara ini dihias dengan mewah. Siling di tingkat atas sekali begitu memukau.


Siling di tingkat teratas menara yang memukau

Walaupun pemandangan yang kami lihat dari atas menara itu tak sama dengan apa yang dilihat Wang Bo, tapi kami tetap tidak dikecewakan. Tasik poyang terbentang luas, bandar Nanchang kelihatan sayup-sayup di seberangnya. Malangnya bila bergambar, kabut yang tebal menjadikan latar belakang gambar semuanya putih sahaja.


Tasik Poyang di belakang disembunyi oleh kabut tebal

Kami mengejar masa, jadi tak dapat lama di Teng Wang Ge. Dari situ terus saja ke lapangan terbang Nanchang. Di mana bermulanya perjalanan kami, di situlah juga tamatnya.

Maka dengan itu berakhirlah sudah perjalanan kami di provinsi hijau di selatan China ini. Enam hari rasanya terlalu singkat, semuanya rasa seperti sebuah mimpi yang singkat, tapi indah. Berat betul rasanya hati ini nak balik ke kota Beijing, tapi apakan daya, terpaksa juga.

Selamat tinggal provinsi Jiangxi, moga-moga kita bertemu lagi lain kali!


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China